Bangi Square Eco Food Station




Sumber : google.com


Bangi Square Eco Food Station - sebuah food court terbaru di Bangi. Dulu bangunan ni adalah Restoran Village View. Bangunan ni dulu agak suram tapi semenjak perubahan, kedai nampak lebih meriah dengan pelbagai jenis kedai. Lampu juga dipasang lebih banyak untuk menjadikan bangunan ini lebih cerah. Jom kita tengok apa yang ada dekat sini.

Titi Pintu Masuk




Pintu masuk Foodcourt ni ada dua, satu daripada pintu depan (kena lalu kedai steamboat semua. Satu lagi pintu dari tepi yang kena lalui titian cinta ke hati mu (Cia x3). Titi ni bergoyang sebab di tergantung. Jadi kalau bawak mak bapak yang dah tua makan, masuk la ikut pintu lagi satu yer.

Nak tengok titi tergantung ni, boleh la scroll gambar di atas yer. Maaf gambar kabur sikit sebab malam dan titi bergoyang. Hahaha

Persekitaran Food Court





Ini gambar persekitaran Food Court Bangi Square. Luas, selesa dan memang best la lepak sini. Ada kedai makanan western, siam bangkok, bakso, sate, dan mamak pun ada. Memang marvelous la, hahaha dah macam tukang promote Bangi Square dah. 

Dulu ada kedai asam pedas dekat sini, sedap gila. Tapi kedai tu dah ditutup. Sempat la gosip2 dengan kedai-kedai dekat sini. Boleh tahan juga la sewa kedai dekat sini RM1800 sebulan. Jadi kepada sesiapa yang nak bukak gerai dekat sini, boleh la try. Kepada yang datang nak makan, jangan la expect harga macam kedai pasar malam.

Cara nak order di sini mudah jer. Untuk makanan, korang kena tahu no meja . Pergi ke kedai, dan order sambil bagitahu no meja korang. Nanti dah siap dia akan hantar. Bagi seorang yang pelupa macam aku, pastikan bawa henset supaya boleh call member yang stay dekat meja untuk tanya no meja. hahahaha.

Review Makanan


Ok sekarang kita review makanan dekat sini pula. Masa kitaorang pergi ni, kitaorang order dari tiga kedai. Member aku order rojak kedai mamak. Aku pula order nasi pad ka pow kedai siam dengan sate ape ntah. Jom tengok gambar yang boleh buat korang lapar. Hahahaha.

Nasi Pad Ka Pow (Daging)

Nasi Pad Ka Pow (Daging) - RM7.00


Nasi Pad Ka Pow ni memang sedap lagi-lagi yang daging. Dia rasa macam rendang tapi berkuah. Menu ni dia letak banyak daun limau, jadi memang bau daun limau tu memang kuat la. Sedap tapi sedap lagi tomyam bangkok dia. Hahaha. Maaf la masa malam ni aku tak order sebab nak try makanan lain pula. 

Korang nak try tomyam bangkok dia boleh la datang try. Tomyam bangkok bukan macam tomyam biasa, tomyam dia letak santan kot. Lain dari lain. Yang paling special, dalam tomyam ada ikan. 
Kalau pakej Tomyam Bangkok + Telur Dadar+ Nasi Putih = RM15.00 jer, Boleh makan 2 orang.

Macam-macam lagi makanan siam yang boleh dicuba.

Sate Ayam dan Daging

Sate Ayam - RM0.90
Sate Daging - RM1.00

Untuk Sate, pun boleh tahan sedap. Cuma disebabkan taknak bagi customer tunggu lama, sate dah dibakar awal-awal. Jadi kalau malas tunggu, sate yang dapat tu dah sejuk. Sate ni manis-manis lemak gitu. Tak liat walaupun sate daging. Dulu pernah makan sate macam ni juga dekat area pasar Nilai 3. Tapi sekarang tak pasti ada lagi ker tak. 

Rojak Ayam

Mee Rojak Ayam - RM7.50

Rojak ayam ni pula member aku yang makan. Menurut apa yang di perkatakan, rojak ini pun sedap. (maklum la mamak yang buat kan, hahahaha). Cuma kelemahan dia mee yang diletak agak sedikit berbanding kedai lain. Jadi untuk yang datang dengan nafsu macam 10 hari tak makan, tak digalakkan order menu ni. Hahahaha.

Pengalaman : 4/5
Persekitaran : 4/5
Makanan :4.5/5
Harga : 3/5

Lokasi







Iklan

Royal Scent Perfume
Kegembiraan dalam setiap semburan perfume. 



Untuk yang berminat atau teringin untuk mencuba bau-bau ini. Kalau beli original mahal sampai empat hingga lima ratus. Untuk langkah berjimat boleh la cuba Royal Scent Perfume. Sangat berkualiti pada harga yang ekonomi 



Perfume 35 ML

Harga Biasa
RM25.00


Harga Promosi 
RM16.00

Free Postage

Boleh Klik Kedai Di Bawah Ni

ROYAL SCENT PERFUME


Share on Google Plus

About Ash

Kita semua pengembara. Aku hanyalah pengembara bersama kamera
    Blogger Comment