Perfume Lelaki Bauan Kayu


Sumber : pixabay.com

Bau Kayu dalam perfume sebenarnya tidak ramai yang gemarkan. Tetapi bagi segelintir individu yang mempunyai perwatakan yang keras dan kuat, selalunya menggemari bau kayu. Bau kayu ini selalunya akan lasting berbanding bau yang lain disebabkan molekul yang lebih berat, jadi ianya lambat untuk meruap.

Setiap bau perfume yang berasal dari bau kayu boleh berbeza bergantung kepada bau lain yang dicampurkan. Jadi jom kita terjah perfume bau kayu yang top.


Guy Laroche Drakkar Noir (INSPIRED)




Guy Laroche Drakkar Noir (INSPIRED)






Bau ini adalah bau kayu yang kuat ditambah dengan bau aromatik. Gabungan kedua-dua bau ini membuatkan bau ini menjadi sangat kuat pada awal pemakaian. Selepas beberapa ketika, bau kayu akan bersebati dengan bau citrus. Ini menjadikan pemakaiannya sesuai untuk menonjolkan ciri-ciri berani. Namun perlu diingatkan tidak semua orang sesuai dengan bau ini.

Ketahanan : 4/5
Kekuatan : 2/4


Gucci Rush (INSPIRED)


Gucci Rush (INSPIRED)


Bau ini boleh dikatakan kategori yang sama dengan bau Drakkar Noir, tetapi lebih lembut. Bau ini perfume ini mengingatkan kepada kilang perabot kayu yang baru. Bau kayu ini sepert baru dipotong sebelum diguna. Sangat sesuai untuk individu yang inginkan bau kayu yang tidak kuat.

Ketahanan : 3/5
Kekuatan : 2/4

Dunhill Desire Black (INSPIRED) 

Dunhill Desire Black (INSPIRED)

Sumber : Google.com

Gambar takde la pula, terpaksa ambil dari google. Hahahah

Bau ini pula lebih kepada bau kayu yang pedas-pedas sikit. Sesuai untuk personaliti aktif tapi masih ingin mengekalkan gaya keras dan kuat. Baunya yang pedas sangat sesuai untuk individu yang bersemangat kerana orang sekeliling dapat rasakan perkara yang sama melalui perfume yang dipakai. Lama-kelamaan, bau rempah pedas ini akan bersebati dengan bau kayu mengeluarkan bau yang sangat lelaki.

Ketahanan : 4/5
Kekuatan : 2/4

Givenchy Gentleman (INSPIRED)


Givenchy Gentleman (INSPIRED)



Bau dari Givenchy ni pula bau lain sikit. Bau paling kuat adalah bau daun nilam. Bau daun ini memang kuat dan bila dicampur dengan bau kayu, jadi bau segar. Selalu kita boleh dapat bau ni dekat kedai gunting rambut mamak. Tapi perfume ini, baunya lebih segar. Bau ini sesuai untuk individu yang suka bau daun nilam.

Ketahanan : 4/5
Kekuatan : 2.5/4

Carolina Herrera 212 Sexy Man (INSPIRED)


Carolina Herrera 212 Sexy Man (INSPIRED)


Bau ini sebenarnya bau Vanilla. Tetapi bila bau ini digabungkan dengan bau kayu, ianya menghasilkan bau yang sangat sedap. Kebanyakan individu yang tidak menyukai bau kayu, masih sukakan bau ini kerana bau kayu tidak terlalu kuat. Sesuai untuk lelaki yang lebih lembut.

Ketahanan : 4/5
Kekuatan : 2.5/4





Royal Scent Perfume
Kegembiraan dalam setiap semburan perfume. 



Untuk yang berminat atau teringin untuk mencuba bau-bau ini. Kalau beli original mahal sampai empat hingga lima ratus. Untuk langkah berjimat boleh la cuba Royal Scent Perfume. Sangat berkualiti pada harga yang ekonomi 



Perfume 35 ML

Harga Biasa
RM25.00


Harga Promosi 
RM16.00

Free Postage

Boleh Klik Kedai Di Bawah Ni

ROYAL SCENT PERFUME




Share on Google Plus

About Ash

Kita semua pengembara. Aku hanyalah pengembara bersama kamera
    Blogger Comment