Restoran Murni Bukit Jalil

Hari kita cuba Restoran Murni di Bukit Jalil. Review dari member mengatakan kuantiti makanan banyak. Jadi mengikutkan nafsu makan seorang lelaki, kami pun pergi la cuba..
Nak tengok apa yang menarik, jom kita tengok.

Pengalaman

(16/7/17)

Waktu kami pergi sekitar waktu petang. Orang sederhana ramai. Kami pun masuk dan duduk di mana yang kosong. Kedai bersih dan kemas walaupun tak berapa cantik.

Lepas duduk, kami pun tunggu pekerja bagi menu semua. Disebabkan pekerja macam tak berapa alert kami sampai, kami pun melambai tangan memanggil. Pekerja pun datang, tapi muka macam takde perasaan. Mungkin penat.

Lepas tengok menu, ada macam2 jenis makanan.. Chicken chop, chicken mary land dan segala bagi western. Bestnye menu diorang ni, semua boleh combine dgn carb pilihan kita. Nasi goreng, mee goreng, spaghetti dan lain2.

Maka kami pun order, kami pun  tanya. Carb pilihan ni kosong atau ada bahan? Nampaknya pekerja di sini bukan orang Malaysia. Pertanyaan tidak difahami, maka kami pun order Chicken Chop Spaghetti Carbonara dan Salmon Fried Rice sambil menunjuk order pada menu makanan.

Setelah sampai, didapati pekerja yang ambil order keliru saya order Spaghetti Carbonara sahaja tanpa Chicken Chop. Kami cuba menanya, tapi kami dipersalahkan kerana dikatakan salah sebut. Jadi pekerja tu kata dia akan tambahkan chicken chop.

Review Makanan.

1)Chicken Chop Spaghetti Carbonara

Chicken Chop rasa seperti daging burger ayam atau ayam kisar yang dibalut dengan telur dan digoreng. Agak kecewa bila rasa.
Tapi spaghetti carbonara, pergh memang sedap juga. kuah dia sedap macam prego punya kuah dan bahan banyak. (ayam, cendawan dan ham kot)

2) Salmon Fried Rice

Salmon dia agak sedap dimasak. Jadi bila makan dengan french fries. Sedap gak. Lupa nak bagitau, dia ada hidangkan french fries juga untuk menu ni.
Nasi goreng dia pula macam dah goreng banyak dan cuma ambil jer bila nak hidang. Tapi rasa dia memang macam nasi goreng kosong.

Saranan

Jadi saranan saya kedai makan ini sesuai untuk individu yang suka makan dalam kuantiti banyak dan nak kenyang. Untuk layanan, mungkin nasib saya tak berapa baik. Lol
Jadi nilai keseluruhan saya bagi

Layanan 2/5
Makanan 3.5/5
Suasana 2.5/5
Salmon Fried Rice
Pintu Depan Kedai
Menu 
Chicken Chop Carbonara Spaghetti
Share on Google Plus

About Ash

Kita semua pengembara. Aku hanyalah pengembara bersama kamera
    Blogger Comment